skn.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN NUSANTARA
JALAN ULU CHOH, 61550 GELANG PATAH, JOHOR BAHRU, JOHOR.
Tel : 075101433, Faks :
e-mel : skn@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | Profail Nusantara | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |


 

 
 


SEKAPUR SIRIH DARIPADA

GURU BESAR

 (HAJJAH LATIFFAH BT SULAIMAN)


Assalamualaikum Wrbkth

Syukur Alhamdullilah, Sekolah Kebangsaan Nusantara, sekolah yang baru dibuka  dapat berkembang dengan begitu baik bersama dengan kerjasama yang diberikan oleh semua guru dan staf sekolah ini.

Sebagai sebuah sekolah yang baru mula beroperasi, sudah tentu sedikit sebanyak mempunyai beberapa kelemahan. Walau bagaimanapun, dengan segala kemampuan yang ada, sekolah ini dapat memainkan peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan. Dengan bermula 280 orang murid, pengajaran dan pembelajaran dapat dimulakan dengan kemas dan teratur di awal sesi pembukaannya.

Dengan kewujudan laman web ini, selain menyahut seruan pendidikan kearah globalisasi, diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada semua warga sekolah ini dalam meningkatkan pengetahuan dan rangkaian informasi selain menjadi saluran pendidikan di dalam mahupun di luar negeri.

Pihak sekolah juga mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi laman ini dari masa ke semasa. 

 

Sekian ,Terima Kasih.


Pn Hjh Latiffah bt. Sulaiman

Guru Besar

SK Nusantara



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: